Jenis Kek Kukus Yang Mudah Di Buat

resepi kek coklat

Di kala hujung minggu ini adalah ketika untuk meluang kan masa berkualiti bersama keluarga. Adalah lebih baik jika anda mempunyai minat atau hobi memasak atau membuat roti atau kek. Tapi anda tiada oven? Jangan risau kami ada banyak senarai kek yang anda boleh buat tanpa oven. Lihat senarai di bawah untuk resepi kek coklat kukus dan lain lain.

Kek Coklat Kukus

resepi kek coklat

Kek coklat kukus ini amatlah mudah di sediakan. Boleh buat bersama keluarga di kala banyak masa dan ia nya sangat sesuai untuk dijadikan pencuci untuk anak anak.

Dapat kan resepi nya di sini: http://teguhprasetyo.com/kek-coklat-moist-meleleh/

Tiramisu Trifle

Antara kek paling mudah disediakan ialah Tiramisu Trifle. Kek ini kebiasaanya di sediakan didalam cawan atau bekas dan dimakan terus menggunakan sudu. Sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan turut mudah didapati. Bagi peminat kopi, ini adalah antara pencuci mulut yang sesuai untuk anda.

Kek Biskut Strawberri & Krim

Satu lagi kek yang dihasilkan menggunakan strawberi sebagai bahan utama. Tetapi kali ini apa yang membezakan ialah setiap lapisan kek ini adalah biskut. Cara penyediaan kek ini tidak susah tetapi agak leceh kerana perlu disediakan lapisan demi lapisan.

Coklat Mentega Kacang

Coklat mentega kacang seakan-akan coklat pudina tetapi yang membezakan ialah ia tidak mempunyai pudina dan menggunakan serbuk biskut di lapisan bawah. Lapisan atasnya daripada coklat dan lapisan bawah daripada serbuk biskut. Tidak perlu dibakar, letakkan sahaja didalam peti ais semalaman dan ia siap dihidang!

Kek Strawberi Cloud

Satu lagi jenis kek yang menggunakan strawberi sebagai bahan utama iaitu Kek Strawberi Cloud. Ia dinamakan seperti itu kerana bahagian “mousse” yang kelihatan seperti awan. Ia terdiri dari dua lapisan dimana lapisan atas ialah bahagia strawberi mousse dan lapisan ialah serbuk biskut. Potongan strawberi pula diletakkan dibahagian atas sebagai hiasan.

Chocolate Fudge

Yang terakhir ini adalah khas untuk peminat coklat kerana ia diperbuat daripada 100% coklat. Bahan-bahan yang digunakan cuba coklat chip, mentega dan susu pekat manis. Sangat mudah untuk disediakan. Tetapi anda juga boleh menambah bahan lain seperti kacang atau kismis. Anda boleh terus makan setelah dikeluarkan dari peti ais.

Mari la kita luang masa bersama keluarga untuk membuat kek mudah tanpa kukus ini. Air tangan keluarga adalah yang terbaik! 🙂